Thursday, 22 September 2011
kesungguhan
Hari ini hari Jumaat,penghulu segala hari,hari yang penuh keberkatan.Pagi yang hening dan angin sepoi sepoi bahasa bertiup perlahan lahan.Kurasakan kedinginan pada pagi ini membuatkan aku berasa segar walaupun belum mandi lagi.Ku percaya pada pagi ini anak murid ku mengambil peluang menggunakan sebaik mungkin yang ada untuk membuat latihan matematik yang telah diberikan.Ayuhlah wahai semua pelajar pelajar ku sekelian,anda boleh melakukannya.pasti ada hasil yang boleh membanggakan.....
Wednesday, 21 September 2011
Perjalanan ke arah SPM
Kalau dihitungkan masa yang sebenar bermula hari hingga spm berlangsung tidak sampai pun 30hari.Masa yang sangat suntuk perlu dimanfaat sepenuhnya kepada semua calon spm 2011.Masa itu emas,setiap detik perlu diisi dengan ilmu,sesungguhnya kerajinan dan kesungguhan yang ditunjukkan pasti mendapat balasan yang setimpal dengan usaha kita.Namun begitu jangan lupa kita hendaklah sentiasa berdoa dan melakukan solat hajat setiap hari supaya permudahkan perjalanan menempuh onak onak duri spm yang mencabar.Saya percaya seandainya pelajar terus berada di landasan yang betul maka matlamat untuk kejayaan semakin tercapai.Jangan mudah putus asa,jangan cepat melatah,jangan jadi pelajar yang kurang hormat pada guru yang mengajar kita.Saya yakin kemampuan kamu semua.
Monday, 19 September 2011
kesungguhan
setiap pelajar mempunyai potensi individu yang tersendiri,malah bakat yang ada belum dicungkil sepenuhnya.sesungguhnya kemahuan dan kesungguhan terletak di tangan pelajar itu sendiri.Jadi untuk mencapai hasrat maka setiap pelajar perlu berusaha untuk berjaya dan terus berusaha mengapai cita cita dengan jayanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)